50 Esei Hari Guru: Rangkuman Esei Bertema 50 Tahun Hari Guru Malaysia (1972-2021) #(L85, BL85)

CODE PRODUK: 9789672458524

  • Berat: 0.435kg
  • RM 31.20
  • RM39.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 13


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: 50 Esei Hari Guru – Rangkuman Esei Bertema 50 Tahun Hari Guru Malaysia (1972-2021) ISBN: 9789672458524
Penerbit: Rimbunan Publishing House
Penulis: Mohd. Isnin Tawaf  Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 394
Halaman: Berwarna 
Format: Paperback 
Berat (kg): 0.435kg 
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 2.3cm    SINOPSIS   Saban tahun, Hari Guru disambut dan diraikan dengan begitu meriah, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Pelbagai tema dilakar dan dirakamkan, menggambarkan betapa tinggi impian dan harapan negara yang diletakkan di pundak para guru. Bagi membentuk generasi akan datang yang cemerlang, guru adalah ejen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Tanpa guru, maka pincanglah sistem pendidikan walau sehebat mana sistem itu dirangka mahupun dirancang.

Sejak pertama kali disambut pada 16 Mei 1972, Hari Guru tampil dengan tema yang bersilih ganti, sehinggalah genap tahun ke-50 negara kita meraikannmya iaitu pada tahun 2021. Buku ini menampilkan koleksi 50 buah esei yang mengupas tema Hari Guru yang disambut sepanjang 50 tahun ini, sambil membawa pembaca menelusuri perkembangan dunia pendidikan negara, dari zaman kapur tulis dan papan hijau, sehinggalah tiba pada zaman peranti di hujung jari.

Tidak dapat disangkal profession perguruan kian mencabar. Hakikat menjadi guru bukan semudah mengajar membaca dan mengira, tetapi menjadikan pendidikan sebagai landasam untuk membentuk tunjang akar budi seseorang manusia untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya tentera berjuang di medan perang, para guru pula berjuang di medan ilmu. Biar terkorban di medan tersebut, berundur tidak sesekali. Asalkan, anak didiknya menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Buku ini menghimpunkan esei yang bertemakan 50 tahun Hari Guru sejak 1972-2021. Antara yang dirungkai oleh para penulis adalah seperti isu peranan guru dalam kemenjadian murid, kesediaan guru menghadapi ledakan teknologi baharu, kesepakatan guru dan ibu bapa dalam membentuk sahsiah murid, peranan pengetua dan guru besar dalam menghargai usaha guru, serta banyak lagi. Penulis buku ini terdiri daripada 44 orang guru dan pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan dan aktif
dalam dunia penulisan.

CODE PRODUK: 9789672458524
STOCK: 13
BERAT: 0.435kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved