Antara Langit, Bumi Dan Dua Hati # (L47)

CODE PRODUK: 9789671371909

  • Berat: 0.370kg
  • RM 19.92
  • RM24.90
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 4


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Antara Langit, Bumi Dan Dua Hati  ISBN: 9789671371909
Penerbit: GreenBee Press
Penulis: M Hany Hisham  Tahun Terbitan: 2015
Muka Surat:393 
Halaman: Hitam Putih 
Format: Soft cover 
Berat (kg): 0.370 kg
Dimensi (cm): 18.9 × 13.1 × 3.1 mm   SINOPSIS   Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ilyani Izhar mengembara sendirian ke Eropah untuk meraih ketenangan jiwa dan memulihkan semangatnya. Di hari-hari awal kembara, takdir telah menemukannya dengan seorang pemuda Melayu, Firman Mukhlis, seorang jurutera yang awalnya datang atas urusan kerja. Pertemuan pertama di Lembah Zaanse Schans membuka lembaran baharu kisah kembara mereka berdua. Dua jiwa yang dulu bersendirian, kini berteman, beriringan mengembara bersama.

Sebuah persahabatan tanpa prasangka mula terjalin dan akhirnya membibitkan rasa kasih. Benih-benih kepercayaan bercambah lantas mengurai tawa dan menyingkap kisah derita yang tersembunyi. Mereka bersama-sama melalui pengalaman indah, melihat yang zahir dan mentafsir yang tidak terlihat dengan mata hati.

Hingga suatu hari, bahagia yang sedang dikecapi menemui titik kekusutan gara-gara jiwa Ilyani yang masih dibayangi konflik silam. Hingga membawa mereka kepada langkah berasingan. Tidak lama untuk Ilyani tersedar ada sesuatu telah bersarang dalam sanubarinya. Persahabatan mereka sejati. Sabda kasih yang ditutur Firman telah terukir menjadi prasasti dalam jiwanya. Dia umpama pohon bunga layu yang mulai menghala ke sebuah cahaya. Jiwanya perlukan sang juragan untuk merungkai misteri kehidupan di antara langit, bumi dan hati.

Kala diterjah kerinduan, Ilyani jejaki semula denai memori mereka. Dia harus menemui Firman semula. Kalau dahulu dia dijejaki, kini gilirannya untuk menjejaki lelaki itu. Usaha mencari Firman akhirnya membawa dia ke kota Paris. Apakah takdir yang tertulis untuk Ilyani di penghujung kisah kembaranya itu? Dapatkah dia bertemu kembali dengan Firman atau untuk kesekian kali nasib malang bertamu dalam hidupnya?

'Aku tinggalkan dia tanpa sebarang kata selamat tinggal, dan kini dia tinggalkan aku tanpa sepatah kata pemisah. Adil. Aku tidak berhak untuk meminta lebih.'

'Aku takut untuk berhadapan perit sebuah takdir. Biar sahaja aku begini dengan sisa harapan yang bisa aku gubah menjadi mimpi.'    
CODE PRODUK: 9789671371909
STOCK: 4
BERAT: 0.370kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved