Bestnya Doa! # (Z20)

CODE PRODUK: 9789671743010

  • Berat: 0.065kg
  • RM 8.00
  • RM10.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 0


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

Tajuk: Bestnya Doa!
ISBN: 9789671743010
Penerbit: Irfan Foner Studio
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 32
Halaman: Berwarna
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.06
Dimensi (cm): 21cm x 15.5cm x 0.3 cm

Buku Bestnya Doa ini mengandungi 33 doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak. Bestnya Doa ini adalah alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga. Dengan aktiviti baca dan hafal beserta kandungan yang penuh komik dan infografik, kami tim Siri Bestnya percaya ia dapat menarik minat anak-anak membudayakan pembacaan doa dalam kehidupan seharian mereka.

Kandungan buku Bestnya Doa:

  1. Doa Penerang Hati 2. Doa Sebelum Tidur 3. Doa ketika Terkejut dan Takut dalam Tidur 4. Doa Bangun Tidur 5. Doa Masuk Tandas 6. Doa Keluar Tandas 7. Doa Menanggalkan Pakaian 8. Doa Memakai Pakaian 9. Doa Melihat Cermin 10. Doa Sebelum Makan 11. Doa Selepas Makan 12. Doa Keluar Rumah 13. Doa Masuk ke Rumah 14. Doa Menaiki Kenderaan 15. Doa Ketika Hujan Turun 16. Doa Mendengar Guruh 17. Doa Ketika Angin Ribut. 18. Doa Ketika Marah 19. Doa Ketika Melihat Musibah 20. Doa Ketika Ditimpa Musibah 21. Doa Menziarahi Orang Sakit 22. Doa untuk Mereka yang Berbuat Baik kepada Kita 23. Doa Masuk ke Masjid 24. Doa Keluar dari Masjid 25. Doa untuk Ibu Bapa 26. Doa untuk Saudara Islam yang Lain 27. Doa Masuk ke Pasar 28. Doa ketika Bersin 29. Doa Menghindari Wabak Penyakit  

Mula teringat anak-anak anda? (atau anak buah yang comel-comel tu?)

Bangun pagi, baca doa. Nak makan, baca doa. Naik kereta, baca doa. Fuh, kalau anak-anak anda begini, anda memang ibu bapa cemerlanglah!

Cumanya, anak-anak kita ni, baru hafal 2-3 doa sahaja. Dengar bunyi guruh, anak dah sorok bawah bantal. Kita nak ajar suruh baca doa, tak tahu pula doa yang bagaimana.

Ada sesiapa yang ada masalah begini?

1. Mahu beli buku tentang doa, ilustrasinya tak menarik. Silap-silap, terbeli buku doa orang dewasa. Anak-anak cepat bosan.

2. Anak-anak sibuk bertanya bagaimana cara doa dimakbulkan. Bila waktu mustajab berdoa. Nak Allah tunaikan hajat untuk beli mainan.

3. Buat kelas mengaji. Mahu wujudkan aktiviti berdoa dengan lebih menarik. Bagaimana?

Jangan risau, kami persembahkan..

Ketika kali pertama membaca buku ini, saya teruja dan tak sabar mahu menghadiahkannya untuk anak bongsu saya Aliyah Hakimah yang berusia 10 tahun. Kenapa? Aliyah suka melukis dan subjek komik mudah menarik perhatiannya.

Buku ini memiliki 3 daya tarik utama yang sesuai untuk pendidikan awal anak-anak kita:

1. Grafik dan lukisan yang mampu “menjolok perhatian” kanak-kanak.
2. Mengumpulkan doa yang berasal daripada guru terbaik manusia, Rasulullah SAW.
3. Mengumpulkan doa yang sahih daripada Hadith.

Duhai ibu bapa! Ayuh miliki buku ini dan panjangkan kebaikannya kepada semua saudara handai dan rakan taulan. Biar anak-anak kita membesar dalam naungan wahyu yang dipancarkan Rasulullah SAW tercinta. Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim (Al-Hafiz) Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim (Al-Hafiz)Penceramah bebas & Pensyarah UIAM
Mempunyai 41,000+ followers di Facebook  

Profil Penulis

Orhan Penulis 

Orhan Mehmet anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

Irfan Foner Ilustrator

Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Ainon Business School, DBP, Dzul Iman dan Startlah Innovation. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com

   
CODE PRODUK: 9789671743010
STOCK: 0
BERAT: 0.065kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved