CODE PRODUK: 9771394023010
Tajuk: Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Posa & Raya 2021
ISBN: 9771394023010Sesuatu akan hadir pada ramadan ini
Sempena lebaran naskhah hidangan tradisi
Meriahkan syawal dikala PKP dan SOP
Gelanggang Bumper Karyawan beraksi
****************************************
Salam Ramadhan & Syawal. Penyeri dan membuka tirai kita kali ini dengan karya tersohor dari abang lejen kita, Yaz Malee. Antara kartunis terawal yang banyak kali menghasilkan cover majalah Ujang satu ketika dulu menggunakan arkilik sebagai medium utama. Atas momen itu kita ingin mengembalikan rasa segar dan autentik yang di bawa.
Kali ii dengan menggunakan catan air secara manual dan menterjemahkan hiruk pikuk masyarakat yang berlegar kempunan ingin pulang ke kampung halaman dan merasa kembali kemeriahan suasana hari raya seperti dulu. Larangan rentas negeri memang memeritkan. Dan rentas daerah pula mengikut situasi yang dibenarkan. Bagaimana norma baru Aidilfitri kali ini? Wallahu'alam bissawab. Kita biarkan pihak berwajib memutuskan. Noktah.
*****************************************
8 SAMPUL PERCUMA SKETSA RAYA Seperti mana tahun dulu kita juga menyelitkan 8 sampul percuma sketsa raya. Dan untuk tahun ini kita selitkan 8 sampul lagi secara percuma dari berlainan kartunis pula. Jika dikumpulkan pada Bumper tahun lepas, terdapat 16 karya Kartunis yang dapat dikumpulkan. Boleh dijadikan koleksi peribadi atau dapat juga memberi keceriaan pada kanak² di hari lebaran ini.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved