CODE PRODUK: 9789672040170C
Cuba bangkit semula, Daniel merancang pelbagai usaha mempersiapkan diri. Berazam mahu berubah, malah siap buat ikrar lagi!
Maka saya anak Arsyad yang kacak,
Dan Nora Danisha yang lawa memikat,
Berikrar bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan sepenuh perhatian sehingga pengsan,
Bagi menggilap otak berkarat,
Demi mencapai sasaran UPSR 6A,
Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut;
Kepercayaan kepada guru,
Kesetiaan kepada buku latihan,
Keluhuran doa penerang hati,
Kedaulatan setiap subjek,
Keazaman dan kecekalan.
Pada kala tempoh UPSR hanya tinggal sebulan sahaja lagi, mampukah Daniel mengubah keputusan corot jadi cemerlang? Sila baca novel kelakar tetapi sarat dengan tip pembelajaran… semoga semua turut lulus peperiksaan! Amin.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved