Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam Kurikulum Pendidikan Islam (L95)

CODE PRODUK: 9789672485049

  • Berat: 0.390kg
  • RM 36.00
  • RM45.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 3


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam Kurikulum Pendidikan Islam
ISBN: 9789672485049 Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd 
Penulis: Profesor Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 169
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.390 kg
Dimensi (cm): 22.9 cm x 15.2 cm x 1.4 cm   Sinopsis   Kajian ini merupakan suatu usaha untuk memahami kerangka pengkelasan dan pembahagian ilmu Islam yang diterima zaman berzaman dalam tradisi ilmu Islam. Pengkelasan dan pembahagian ilmu tersebut berdasarkan tuntutan pengajaran dan pembelajaran ilmu Fardu Ayn dan Fardu Kifayah.     Huraian konsep pengkelasan dan pembahagian ilmu ini disoroti berdasarkan pandangan para ilmuwan Islam muktabar seperti Imam Muḥammad bin Idrīs al-Shāfi’ī, Imam Abū Ḥāmid al-Ghazālī, Burhān al-Dīn al-Zarnūjī, Abā Zakariyyā Yahyā al-Nawawī, bahkan termasuk tokoh semasa Syed Muhammad Naquib al-Attas.   Ia seterusnya dijadikan landasan dan dasar dalam menganalisis kurikulum Pendidikan Islam di dua pusat pengajian tinggi terpilih di Jambi, Indonesia iaitu Universitas Jambi dan IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi. Ini demi menilai sejauh manakah faham dan pelaksanaannya bertepatan dengan pengkelasan dan pembahagian ilmu Fardu Ayn dan Fardu Kifayah. Ia juga demi mengenal pasti ruang-ruang yang boleh dirubah dan dikemaskinikan.   Kajian lapangan sebegini adalah penting dan patut dilakukan di universiti umat Islam yang lain khususnya yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Universiti Islam’ kerana sekiranya universiti sebegini tidak mampu memahami faham ini dan mengamal-laksanakannya secara yang benar tepat, maka apa yang boleh diharapkan lagi daripada universiti berkenaan? Apakah yang didakwa sebagai ‘Islam’ itu pada universiti itu menepati tradisi ilmu Islam yang sempurna atau ia hanya sekadar slogan-slogan demi meraih tumpuan dan sokongan ummah semata-mata?     Profesor Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
CODE PRODUK: 9789672485049
STOCK: 3
BERAT: 0.390kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved