Info Produk

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8" x 8.5”
ISBN-13: 9789671099230
Jumlah Muka Surat: 448
Berat (Kg): 0.63 Penulis: Mustafa Akyol
===========================



Antara zon selesa umat Islam di zaman kini ialah sikap berpuashati menerima meta-naratif kerangka legalistik-positivisme di dalam isu-isu keagamaan tanpa mengambil kira persoalan konteks, 'illat di seba;ik pensyariatan sesuatu hukum dan juga implikasi moral dan sosial pada sesuatu hukum. Kehidupan manusia yang serba kompleks di dalam dunia pasca uni-polar tamadun Barat memerlukan sikap kritis dan juga kewarakan intelektual (intellectual humility) di kalangan umat Islam untuk menjadikan Islam dan umat Islam terus relevan.

 

Karya Akyol yang walaupun tidak sunyi dari kritikan ini merupakan salah satu daripada usaha tersebut. Kedegilan untuk terus jumud dengan kerangka legalistik-positivisme di dalam beragama kerana politik identiti (polirics of identity) tidak akan membawa umat Islam ke mana-mana, malah lebih menakutkan, ia hanya bakal menjadikan Islam terpinggir dari arus pertandingan ide di peringkat global ynag serba rencam...

 

Dr. Maszlee Malik, Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

Mustafa Akyol adalah seorang kolumnis yang menulis untuk dua surat khabar Turki iaitu Hurriyet Daily News; akhbar berbahasa Inggeris, dan Star; akhbar berbahasa Turki. Beliau juga selalu dijemput menjadi pensyarah di universiti di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan sebahagian artikel-artikel beliau juga telah tersiar di portal-portal berita terkenalseperti New York Times, Foreign Affairs, Financial Times, Washington Post dan Wall Street Journal.

 

Beliau merupakan graduan dalam bidang Sains Politik dan Sejarah dari Universiti Bogazici di Istanbul, dan kini menetap di daerah yang sama. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh lawati laman web peribadi beliau, TheWhitePath.com.

CODE PRODUK: 9789671099230
STOCK: 0
BERAT: 0.630kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved