CODE PRODUK: 9789674980849
Faris dan Khai adalah dua sahabat yang menuntut di pusat pengajian tinggi swasta. Kedua duanya kaki game, ‘Bestie forever’. Cumanya Faris lebih obses terhadap semua jenis permainan video.
Semuanya bermula dengan kemunculan kotak bersegi dilapisi cairan lilin merah dan tanpa nama pengirim tidak mengundang keraguan pada Faris. Apatah lagi isinya adalah set terkini Prio Virtual Reality yang paling diidamkan. Sebuah permainan video yang berkonsepkan ‘Survival Horror Games’. Perlawanan hidup dan mati di alam maya, siapa yang tewas akan menjadi mangsa!
Yang peliknya, alat permainan itu mempunyai mantera kuno sebagai akses untuk memulakan permainan.Sejak itu, kehidupan mereka berubah 360 darjah. Gangguan dan kejadian misteri melingkari kehidupan mereka. Terasa ada makhluk hidup yang menjalar dalam diri mereka. Sementelah ada kes kehilangan teman kuliah dan juga kerasukan di beberapa tempat.
Apakah ‘benda’ yang mengganggu hidup mereka?
Kenapa semuanya menjadi huru-hara?Apa kaitan game dan kejadian mistik yang berlaku?
Sekali kau bermain, sukmamu bakal direnggut taghut!
“Hati-hati, makhluk ni sangat licik. Bangsa jin yang datangnya dari lubuk neraka diseru oleh manusia musyrik.” - Pak Cik Darwis
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved