KOMBO: 114 Nama-Nama Surah

CODE PRODUK: kombo-114-nama-nama-surah

  • Berat: 1.00kg
  • RM 60.00
  • RM75.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

Tajuk : KOMBO: 114 Nama-Nama Surah

ISBN : kombo-114-nama-nama-surah

Penerbit : Pacu Resources

Penulis : Bushra Binti Talib & Widad Asnawi

Halaman : Berwarna

Format : Softcover

Berat : 1kg

 

KOMBO: 114 Nama-Nama Surah ini mengandungi dua buah buku :

1. Di Sebalik Nama 114 Nama-Nama Surah

2. DIY Hafaz Quran Dirumah

 

---

Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah

Buku ini membongkar kisah di sebalik surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran.

Setiap surah ada kisahnya yang tersendiri serta fakta-fakta yang dirungkai.



Kelebihan buku:

- Sesuai untuk mereka yang ingin mulakan kelas asas Tadabbur al-Quran dengan cara yang mudah difahami.

- Penggunaan bahasa yang mudah faham untuk semua orang awam yang ingin mendalami al-Quran.

- Lengkap dengan kisah di sebalik nama-nama surah beserta hikmah dan fakta sains

 

Istimewa :

- Percuma Teka Silang Kata Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah

- Percuma Penanda Buku

- Percuma Kad Ucapan Terima Kasih



Isi masa lapang bersama keluarga dengan membaca buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah.

 

"Dewasa ini, masyarakat hanya membaca Al-Quran secara fizikal sahaja tanpa roh terlahir di dalam hati menyebabkan kemanisan iman tidak dapat dirasai oleh seseorang individu.

Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak akan terdorong untuk mendalami ilmu Al-Quran walhal Al-Quran adalah Al-Huda (petunjuk) yang benar untuk kehidupan harian.

Dengan adanya Di Sebalik 114 Nama-nama Surah ini yang memfokuskan kepada ibrah di sebalik nama surah dengan tambahan info lain seperti hadis, sejarah, fakta saintifik, dan doa merupakan satu wadah yang baik sebagai rujukan dan panduan buat semua lapisan masyarakat umumnya untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.   Ini adalah kerana Al-Quran merupakan Az-Zikr (pemberi ingatan) sepanjang zaman dan ia tidak akan pernah luput sehinggalah kiamat."

- Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan
    "Alhamdulillah, saya amat memuji dan menyokong usaha penulis buku ini. Ia mengajak kita semua, terutama anak-anak muda untuk kembali mentadabbur ayat-ayat Al-Quran, memahami makna-makna indah di sebalik ayat, secara mudah, santai, dan diolah dengan penuh ilmiah."

- Ustaz Adnin Roslan
Pengasas Tarbiah Sentap

 

DIY Hafaz Quran Di Rumah 

 

Buku ini adalah kompilasi modul yang digunakan di seluruh cawangan Raudhatul Huffaz untuk membiasakan minda anak-anak agar seronok berdamping dengan al-Quran.

Ada yang seronok dengan kaedah ini & bersungguh-sungguh mahu menghafal al-Quran. Pelajar yang berada di pedalaman Sabah, bersemangat untuk menghafaz walaupun terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh dari kelas mereka.


Objektif & matlamat buku ini diterbitkan:



1. Buku ini hanya untuk "trigger" menghafaz, bagi cambah minat dan semangat mulakan hafazan, bukan untuk menghafaz 30 juzuk.

2. Buku ini bukan sekadar untuk menghafaz, tapi untuk faham kandungan al-Quran. Faham 1 juzuk adalah lebih baik daripada hafaz tapi langsung tak faham apa-apa.

3. Buku ini nak buka minda kita jadi Huffaz bukan sekadar hafaz al-Quran, tapi tahu wujudnya dan pentingnya hafaz hadis Nabi sebagai sumber kedua.

4. Buku ini memuatkan nasyid perjuangan untuk membangkitkan semula semangat kehebatan Islam dahulukala.

5. Buku ini mengandungi ruang laporan untuk pemantauan prestasi. Penglibatan bersama asatizah yang mengajar dan disambung pula oleh ibu ayah di rumah sangat penting untuk pembentukan anak-anak ini khususnya selepas habis sesi kelas. la tidak boleh dilepaskan pada asatizah sahaja semata-mata. Ibu ayah juga perlukan bimbingan asatizah. Mulakan hafazan peribadi termasuk untuk diri ibu ayah dan guru-guru juga.  

 

Bukan Sekadar Menghafaz Al-Quran     "Buku DIY Hafaz Quran di Rumah ini sangat bertepatan dengan hasrat untuk mengembalikan semula generasi Islam yang terulung. Ia juga bertepatan dengan slogan yang dibawa 'Bukan Sekadar Menghafaz'.   Buku ini bukan sekadar untuk menyuntik minat menghafaz Al-Quran, tapi juga menghafaz hadis-hadis pendek, membongkar kandungan yang ada dalam surah, menjiwai juga nasyid perjuangan dan juga memahami kehebatan Allah pada nama-nama-Nya."   - Dato' Haji Zamri bin Hasyim Timbalan Mufti Negeri Perak

 

 

CODE PRODUK: kombo-114-nama-nama-surah
STOCK:
BERAT: 1.00kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved