KOMBO HABIB ALI

CODE PRODUK: kombo-habib-ali

  • Berat: 0.45kg
  • RM 21.00
  • RM30.00
  • 30 % OFF
  • STOCK:
  • Out of stock


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, diberi nama Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al-Hamid bin Sheikh Abu Bakar.

Dilahirkan pada hari Jumaat, bertarikh 12 April 1974, di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Empat daripadanya lelaki manakala dua lagi perempuan.Lebih mesra dengan panggilan Habib. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang tinggal di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para alim ulama dan terdapat juga banyak institusi pengajian.

Dalam pencarian menuntut ilmu, Habib Ali pernah berguru dengan barisan murabbi yang hebat seperti Ustaz Hasan Baharom, Ustaz Soleh Bal As’ad, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Soleh bin Agil, Ustaz Ahmad Barakwan, Ustaz Husin bin Abu Bakar, dan ramai lagi.Pada usia 21 tahun, dengan restu ayahanda dan bondanya, Habib memilih bagi meneruskan pengajiannya ke Hadhramaut, Yemen. Di Hadhramaut, Habib Ali diberi kesempatan bagi menuntut ilmu dan berguru dengan Habib Umar bin Hafidz, iaitu pemimpin Darul Mustafa. Juga Habib Ali Masyhur, Habib Salim As Syatiri, Habib Hasan As Syatiri, Habib Abdullah bin Syihab, dan ramai lagi para guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing.

Habib Ali adalah antara penuntut generasi pertama yang belajar bersama Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustafa. Selepas itu, beliau bermusafir pula ke bumi Mesir. Hampir lima tahun menuntut ilmu Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mendalami ilmu-ilmu agama bersama guru-guru hebat di Mesir seperti Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum’ah, dan Dr. Muhammad Jibril.

Sekarang, selepas menerima ijazah dalam jurusan Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar, beliau meneruskan lagi kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Master dalam jurusan pengajian Al-Quran dan as-sunnah. Sesudah selesai pengajian di peringkat Master, beliau sekarang dalam usaha menyempurnakan pengajian di peringkat Doktor Falsafah pula.Pada tahun 2004, Habib berkahwin dan dianugerahi tiga orang anak perempuan.

Kini beliau dilantik menjadi pentadbir utama Darul Murtadza selepas pengemudi asal institusi itu, iaitu Habib Abdul Qadir Al-Jufri berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Hingga kini, banyak usaha-usaha pengajian dikendalikan oleh Habib sendiri di bawah kelolaan Darul Murtadza.Darul Murtadza berkembang dari sehari ke sehari, ia adalah satu institut pengajian yang menggunakan kitab-kitab utama dalam Islam yang berpengaruh di Malaysia. Tidak hanya di masjid, beliau turut diundang bagi mengisi slot-slot penting di radio juga di kaca televisyen.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang dinamik dan menyeluruh, beserta kemahiran berdakwah yang sudah lama diasah dalam dirinya menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang tidak asing lagi di bumi Nusantara ini.

CODE PRODUK: kombo-habib-ali
STOCK: Out of stock
BERAT: 0.45kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved