KOMBO: Keluarga Dalam Al-Quran

CODE PRODUK: kombo-keluarga-dalam-al-quran

  • Berat: 1.10kg
  • RM 84.00
  • RM105.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 3


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk : KOMBO: Keluarga Dalam Al-Quran

ISBN : kombo-keluarga-dalam-al-quran

Penerbit : Iman Publication

Penulis : Syaari Ab Rahman

Halaman : Hitam Putih

Format : Softcover

Berat : 1.10 kg

 

KOMBO: Keluarga Dalam Al-Quran merangkumi tiga buah buku iaitu:

1. Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al Quran
2. Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran
3. Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

 

 

 

 - Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya. Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran.

Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan. Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

 

- LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN BY SYAARI AB RAHMAN Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat. Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.

 

PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DALAM AL-QURAN Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.

 

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

CODE PRODUK: kombo-keluarga-dalam-al-quran
STOCK: 3
BERAT: 1.10kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved