Lockdown Moment (Z18)

CODE PRODUK: 9789838221313

  • Berat: 0.430kg

Info Produk

Tajuk: Lockdown Moment ISBN: 9789838221313
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Ayeshah Amani Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.435kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm   SINOPSIS   Di saat aku dan dia, terkunci dan dikunci...
Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan.

Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya.

Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam.

“Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?” - HAIDER

Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf?

“Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati.” – HAIRA SOFIA

“Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu.” – LUTH ASYRAF

Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa.

Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga?

Luth Asyraf… Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan.

Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya?

Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua?

Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara
CODE PRODUK: 9789838221313
STOCK: 18
BERAT: 0.430kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2023 MobileBookCafe . All rights reserved