Menyambut Ramadhan Mengikut Imam Hasan Al-Banna (L2)

CODE PRODUK: 9789671588901

  • Berat: 0.180kg
  • RM 20.00
  • RM25.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 0


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

Tajuk: Menyambut Ramadhan Mengikut Imam Hasan Al-Banna
ISBN: 9789671588901
Penerbit: Pustaka Iman Publisher
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terjemahan: Muhammad Hassan bin  Abdul Halim
Tahun Terbitan: 2018
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.18
Dimensi (cm): 22.8 cm x 14.9cm x 1.1 cm

Bagaimana Hasan Al-Banna melihat bulan Ramadhan?
Imam Hasan Al-Banna ialah pengasas kepada sebuah organisasi yang mempunyai jutaan ahli dalam masa hanya 10 tahun pada usia baru mencecah 30-an.

Pembesar negara, ulama-ulama Al-Azhar, hakim negara, professor, guru-guru termasuk juga buruh kasar di Terusan Suez, tukang kayu dan pengayuh beca antara yang bersama-sama dengan beliau.
Beliau bukan hanya petah berpidato, malah ketika berusia 42 tahun, puluhan ribu askar dari kalangan ahlinya dihantar untuk membebaskan Palestin dari tangan Zionis dan British.

Keikhlasan yang jelas dan penguasaan yang tinggi terhadap Al-Quran dan Hadis dari aspek amali memukau ulama Al-Azhar untuk turut bersama beliau membangkitkan umat yang sedang tenat dan lumpuh.
Antara konsep yang dibawa oleh beliau ialah "hakikat kesufian" yang berbentuk amali dan dakwah salafiah" yang menjaga kefahaman Islam yang syumul, memberi harapan kepada umat Islam tentang jalan untuk umat ini kembali gemilang.

Beliau syahid apabila 6 biji peluru panas menembusi badan beliau ketika berumur 43 tahun apabila penjajah British bimbang dengan pergerakan beliau yang dilihat mengancam mereka di dalam dan di luar Mesir.

Jenazah beliau hanya boleh diurus oleh isteri, ayah beliau yang uzur dan anak perempuannya yang masih kecil.

Hari ini, idea pembinaan umat yang dibawa oleh beliau tersebar di lebih 90 buah negara di seluruh dunia dari Amerika Syarikat sehingga ke Indonesia dan Australia.

Bagaimanakah pula tokoh ini melihat bulan Ramadhan?

Buku ini menghimpunkan tulisan-tulisan beliau mengenai Ramadhan yang ditulis pada tahun 1933 sehingga tahun 1948.
CODE PRODUK: 9789671588901
STOCK: 0
BERAT: 0.180kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved