Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik #(L45)

CODE PRODUK: 9789672007197

  • Berat: 0.279kg

Info Produk

Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung dan tidak berjejak di bumi nyata, tetapi kerana kejujuran diri beliau melahirkan himpunan naratif yang jujur. Pada saya, himpunan tulisan ini berbekas. Penulis tahu bagaimana nak meletak dan mengisikan bekas itu dengan sikap perhambaan tokoh yang dirujuknya. Jauh sekali dari masih bersifat pencarian, tema terbesar buku ini adalah penyerahan setelah Tok Guru menemui jalan pedomannya ke hadapan. Tok Guru bukan lagi mencari bahkan telah menerokai sebuah keyakinan yang lama diimaninya lalu membawanya ke tengah-tengah medan untuk dikongsikan bersama.

Tok Guru dan saya - lebih dari bapa dan si anak. Lebih dari kawan biasa. Lebih dari guru di sebuah pertapaan. Tangan beliau yang saya genggami, masih terasa erat. Hujung kaki beliau, enggan saya lepaskan. Kata-katanya, masih berbekas bukan sahaja di telinga saya, bahkan di jiwa. Lantaran itu, dengan kelahiran buku ini, ia menjadi penawar duka perpisahan kami. Catatan yang menyegarkan semula ingatan. Nota-nota untuk bekal perjalanan ke hadapan. Ramuan berkhasiat untuk jiwa dan pemikiran. Peta untuk tidak ralat. Peringatan yang berguna. Dan ukiran sejarah Tok Guru atas kertas memudahkan rakaman sejarah yang berpanjangan.

CODE PRODUK: 9789672007197
STOCK: 18
BERAT: 0.279kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2021 MobileBookCafe . All rights reserved