Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihanraya Kecil Pasca 9 Mei 2018 # (L34)

CODE PRODUK: 9789672007494

  • Berat: 0.285kg
  • RM 44.00
  • RM55.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 14


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihanraya Kecil Pasca 9 Mei 2018 ISBN: 9789672007494
Penerbit: Ilham Books
Penulis: Mohd Azmir Mohd Nizah Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 190
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.285
Dimensi (cm): 22.7cm x 15.2cm x 1cm   SINOPSIS  

Setelah keputusan bersejarah pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional gagal membentuk Kerajaan Persekutuan apabila tewas kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), persaingan dan pergelutan politik terus-menerus berlaku termasuk dalam 12 siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terpaksa diadakan atas pelbagai sebab dan faktor.

Namun begitu, semua faktor yang dikenal pasti dalam 12 PRK pada 2018-2020 berterusan menjadi ukuran dan perbincangan, malahan menatijahkan pergolakan parti politik, yang akhirnya membawa sebuah naratif politik tanpa majoriti dalam kalangan parti, yang memaksa parti politik membuat penjajaran-penjajaran yang sangat menarik untuk diteliti dan dibincangkan.

Oleh kerana atmosfera politik yang sangat menarik ini, ia memberi ruang kepada pengkaji, penganalisa politik, parti politik dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya memerhati dan membuat amatan yang sangat baik terhadap perubahan yang berlaku dalam kelakuan pengundi dan memahami apakah faktor-faktor yang memainkan peranan dalam perubahan tersebut.

Buku Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihan Raya Kecil Pasca 9 Mei 2018 ini akan mengupas faktor-faktor perubahan pada arena politik di Malaysia dan ia akan membantu pembaca untuk membuat penilaian dan memilih yang terbaik buat negara.

---

PROFESOR MADYA DR. MOHD AZMIR MOHD NIZAH ialah Ketua Program Pasca Siswazah Pusat Pengajian Siswazah dan juga Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berkelulusan B.HSc dan M.HSc dalam bidang Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan PhD Politik & Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau aktif dalam penyelidikan, penulisan dan perundingan dalam bidang hubungan etnik, politik, parti dan kelakuan pengundi.

CODE PRODUK: 9789672007494
STOCK: 14
BERAT: 0.285kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved