KOMBO MERDEKA 65 TAHUN: A. SAMAD SAID # (PY19)

CODE PRODUK: kombo-pak-samad

  • Berat: 1.500kg
  • RM 131.60
  • RM188.00
  • 30 % OFF
  • STOCK:
  • 111


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

 Dimensi kotak: 32cm x 22 cm x 7 cm

 

PROMOSI ISTIMEWA ORDER UNTUK YANG TERAWAL

 

Untuk pembeli terawal, kami beri harga istimewa seperti berikut: 

 

 

NASKHAH  HARGA 1 - 100 naskhah terawal RM110 (Sudah Habis) 101 - 300 naskhah terawal RM120 301 - 500 naskhah terawal RM128

 

Anda dapat:

1. Buku (3 Dalam 1): Salina + Hujan Pagi + Langit Petang

2. T-Shirt

3. Non-Woven Bag

4. Kotak Eksklusif

5. Sijil Pemilikan (1 - 500 naskhah sahaja)

 

Selepas tamat 500 naskhah terjual, harga RM128 adalah untuk pembelian buku sahaja tanpa kotak, t-shirt & non-woven bag.

 



 

               



KOMBO MERDEKA 65 TAHUN

 

KOMBO MERDEKA 65 TAHUN adalah gabungan tiga karya besar dan penting seorang Sasterawan Negara dalam sebuah koleksi, yang julung-julung kalinya diterbitkan. 

Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang karya Sasterawan Negara A Samad Said dipilih sebagai penghormatan kepada seorang sasterawan besar tanah air kita.

Nikmatilah tiga novel istimewa hasil buah tangan SN A Samad Said dalam sebuah edisi khas - Kombo Merdeka 65 Tahun!

Salina, penghuni perkampungan kecil di Singapura - Kampung Kambing. Salina, adalah anak yang menjadi mangsa Perang Dunia Kedua, perang yang memusnahkan segala yang dimilikinya. Novel ini diakui oleh para pengkaji dan pengkritik sastera sebagai novel yang memiliki mutu pengkaryaan novel bertaraf dunia.

Langit Petang mengambil latar tahun 1980-an dengan tiga watak utama yang menggerakkan novel ini. Setiap watak mempunyai ceritanya yang tersendiri, yang akhirnya merungkai persoalan kehidupan melalui naratif pengarangnya. Sikap sebahagian manusia dijelmakan melalui watak-watak ini, yang menjadi cerminan kehidupan. Elemen falsafah yang didakap dalam aspek penceritaan akan mendorong keghairahan pembaca untuk menghirup karya ini sehingga ke akhir.

Hujan Pagi dikatakan antara novel SN A Samad Said yang sukar dihadam. Keresahan penulisnya terhadap kebebasan akhbar ditonjolkan secara bawah sedar oleh watak dalam karya ini. Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1986/1987. Persoalan kebenaran yang tersekat dan disembunyikan menjadi pola yang menggerakkan ceritanya sehingga menampakkan kebobrokan masyarakat.

 

 

SALINA

Penceritaan novel Salina ini dapat digambarkan dengan watak Siti Salina seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja yang sering meminta duit daripada Siti Salina.

Abdul Fakar seorang yang kaki mabuk, kaki perempuan dan suka memukul dan meminta duit daripada Siti Salina. Walaupun Siti Salina sering dipukul oleh Abdul Fakar, dia tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya, Muhamad Yusuf yang mati akibat perang dunia kedua. Pada asalnya Siti Salina seorang anak yang kaya, namun akibat perang dunia kedua yang mengakibatkan kematian ahli keluarganya dan kehilangan harta bendanya, dia terpaksa menyara dirinya dengan menjadi pelacur. Selain itu, novel Salina ini juga dapat dilihat konflik yang berlaku pada watak Nahidah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan demi memenuhi kemahuan ibu tirinya yang ingin hidup mewah malah Nahidah juga sering diusik oleh Abdul Fakar tanpa pengetahuan ibu tirinya dan Siti Salina.

Atas hasutan Abdul Fakar, Zarina telah menghalau Sunarto dan Mansur yang kerap disindir oleh ibu tirinya telah meninggalkan rumah untuk memasuki tentera. Hal ini menyebabkan Abdul Fakar semakin berani untuk mengusik Nahidah sehingga dia berjaya memperkosa Nahidah pada suatu malam sewaktu Nahidah pulang membasuh baju. Setelah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Nahidah telah lari meninggalkan Singapura dan kemudiannya berkahwin dengan seorang buruh dan menetap di Pulau Pinang. Hilmy berasa sedih akan pemergian Nahidah manakala Siti Salina setelah dinasihati oleh Katijah turut meninggalkan Abdul Fakar dan berhijrah ke Kelantan. Abdul Fakar kemudiannya kembali belayar setelah gagal mencari Siti Salina dan menyesal akan perbuatannya terhadap Siti Salina.

 

LANGIT PETANG

Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur masih dapat bernafas di bumi yang merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas perjuangannya dulu.

Hafiz pula bekas wartawan. Dia berhenti kerana menghidap penyakit kronik. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.

Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.

Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.

 

HUJAN PAGI

Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu. Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri.

Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.

Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.

CODE PRODUK: kombo-pak-samad
STOCK: 111
BERAT: 1.500kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved