(OS) Siri Cerita Hantu: Puaka Dobi Layan Diri (Q3)

CODE PRODUK: 978-967-369-418-1

  • Berat: 0.087kg
  • RM 7.00
  • RM10.00
  • 30 % OFF
  • STOCK:
  • 0


  • Pilih Lokasi:



Info Produk

SINOPSIS:

“Tolong sama saya….,” rayu ah soh lagi dengan suara sayu menyeramkan. Keseluruhan tubuhnya hampir lolos keluar dari mesin basuh. Setiap kali ah soh bergerak, setiap kali itulah Manaf terdengar bunyi tulang-tulang patah. Mengilukan. “Pergi sana, ah soh! Jangan kacau saya! Kenapa ah soh keluar mesin basuh macam Sadako keluar TV? Plagiat ni, plagiat!” Manaf yang panik menjerit-jerit. “Kasi tolong sama saya….” Ah soh mendepangkan tangan, meminta Manaf menyambut tangannya. Dia menyeringai lagi. Makin banyak darah pekat keluar dari celahan gigi dan menakungi mulutnya. Manaf mengesot menjauhkan diri dan menggeleng-geleng cemas. “Tolong sama saya!” Tidak semena-mena ah soh memekik kuat dan wajahnya bertukar menjadi garang. Manaf tersentak seperti direnjat arus elektrik. Dengan sisa tenaga dan kekuatan yang ada, Manaf melompat dan terus berlari keluar kedai tanpa menoleh lagi. Jeritannya nyaring membelah malam. “Hantuuu!” Terus dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

CODE PRODUK: 978-967-369-418-1
STOCK: 0
BERAT: 0.087kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved