#5 Sherlock Holmes: Misteri Delima Biru, Misteri Pita Berbintik & Misteri Ibu Jari Jurutera (BL117,L128)

CODE PRODUK: 978-967-369-408-2WO

  • Berat: 0.093kg
  • RM 7.00
  • RM10.00
  • 30 % OFF
  • STOCK:
  • 71


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Misteri Delima Biru

Sherlock Helmos dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan ia telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik. 

Misteri Pita Berbintik

Sherlock Helmos dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan 'pita berbintik'. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Helmos dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat.

Misteri Ibu Jari Jurutera

Dr.Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya.Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya.

Misteri Delima Biru (The Adventure of the Blue Carbuncle), Misteri Pita Berbintik (The Adventure of the Speckled Band), dan Misteri Ibu Jari Jurutera (The Adventure of the Engineer’s Thumb) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.

 

Urutan Novel Sherlock Holmes

Penyiasatan Benang Berdarah 4 Pemburu Harta Skandal di Bohemia Misteri Lembah Boscombe Misteri Delima Biru Pilu Seorang Bangsawan Silver Blaze Ritual Keluarga Musgrave Jurubahasa Yunani The Hound of the Baskervilles Perangkap Rumah Kosong Penunggang Basikal Solo Si Jahat Charles Augustus Milverton Misteri Kehilangan Pemain Ragbi The Valley of Fear Pembunuhan di Wisteria Lodge Pelan Bruce-Partington Misteri Klien yang Masyhur Misteri Puntianak Sussex Misteri Surai Singa
CODE PRODUK: 978-967-369-408-2WO
STOCK: 71
BERAT: 0.093kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved