Siri Bijak Belajar: Cik Penakut Masuk Asrama # (L64)

CODE PRODUK: 9789672040828

  • Berat: 0.125kg

Info Produk

Tajuk: Siri Bijak Belajar: Cik Penakut Masuk Asrama  ISBN: 9789672040828
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Sabrina Ismail Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 110
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125
Dimensi (cm): 19cm x 13cm x 0.7cm   SINOPSIS   Sakura, seorang pelajar penakut yang sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak masuk ke sekolah berasrama. Tanpa diketahui… ibubapanya telah mendaftarkan Sakura masuk ke Sekolah Tahfiz Al-Humaira yang berasrama penuh. Terkejut besar si gadis dibuatnya!

Di asrama baru… Sakura terpaksa berhadapan dengan persekitaran, jadual dan disiplin baru yang tidak disukai langsung. Tambahan pula, dia ditempatkan sebilik dengan seorang senior bernama Huda yang pelik lagi menakutkan.

Apabila diselidik… barang peribadi Huda ada terselit boneka yang penuh dicucuk jarum. Disimpan secara rahsia juga, sekeping gambar seorang ustaz selebriti yang ada lilin di sekelilingnya.

Ah… tidak cukup dengan ketakutan duduk di asrama, dapat pula kawan sebilik yang ahli sihir agaknya!

Cuba melaporkan pada pihak sekolah tentang penemuan itu… malangnya, warden asrama tidak mempercayai segala cerita.

Apakah yang Sakura perlu lakukan? Terus tinggal di asrama atau keluarkan Huda dari sekolah itu? Benarkah kehidupan di asrama itu betul-betul menakutkan? Ada rahsia yang tersirat dalam cerita yang tersurat. Jawapan tentang ‘asrama’ yang dicari ada tersembunyi di dalam buku ini. Haa… mesti baca, jangan takut-takut ya!

CODE PRODUK: 9789672040828
STOCK: 25
BERAT: 0.125kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved