Siri Puaka Sekolah: Tangki Air (M18,Y23)

CODE PRODUK: 978-967-369-673-4

  • Berat: 0.090kg

Info Produk

Tajuk: Siri Puaka Sekolah: Tangki Air ISBN: 978-967-369-673-4
Penerbit: Penerbit-X 
Penulis: DEL OSMERA, REHA,ZAKI ZAINOL Tahun Terbitan: 2023 Muka Surat: 126
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.090 
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 0.9cm     SINOPSIS

“Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.”

“Suara?” Riak muka Fahrin berubah.

 

Hisyam mengangguk. “Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil.” Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya.

“Suara apa?”

 

Hisyam menjongket bahu. Dia pun tidak tahu kerana hanya Nazrul sahaja yang mendengar suara itu. Hisyam percaya yang Nazrul tidak menipu. “Saya tak tahu. Tapi Nazrul kata suara tu datangnya dari menara tangki air lama di belakang sekolah. Saya dah puas melarang Nazrul supaya tidak ke tempat tu. Tapi dia berkeras juga. Dia kata mahu selamatkan orang. Saya suruh dia beritahu kepada cikgu, tapi dia tak mahu.” Dia kesal kerana mengikut kata-kata Nazrul. Jika dia bertindak melaporkan hal tersebut lebih awal kepada guru mereka, mungkin Nazrul masih hidup.

 

* * *

 

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

CODE PRODUK: 978-967-369-673-4
STOCK: 25
BERAT: 0.090kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved