Ustazah Sentap: #Perangdakwah # (L87)

CODE PRODUK: 9789672040200C

  • Berat: 0.121kg
  • RM 9.60
  • RM12.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 40


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Ustazah Sentap: #Perangdakwah ISBN: 9789672040200C
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Nana Syazana Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 118
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.121kg
Dimensi (cm): 18.7cm x 12.7cm 0.6cm   SINOPSIS   Trend pakai tudung nampak leher, dada, anak rambut, cuping telinga, anak telinga, mak telinga dan pelbagai ini… semuanya datang dari mana? Tahulah sekarang tudung mahal sampai beribu ringgit, tetapi janganlah kedekut kain.

Jika mahu berfesyen pun, ikutlah syariat Islam. Tutuplah segala apa yang diwajibkan Tuhan. Tutuplah aurat demi mencari keredaan. Bukannya mendamba populariti, bukan kerana menjaga persepsi. Tidak juga kerana gambar OOTD yang diharap menerima banyak like di Instagram dan FB. Moga Allah beri kita kekuatan meninggalkan jahiliah moden yang semakin membarah dalam masyarakat. Janganlah tergolong dalam kumpulan perempuan berhijab, tetapi dibakar di neraka!

#ustazahsentap

Bahiyah pelajar madrasah, ditukarkan ke Sri Bangsar yang serba moden. Terkejut melihat rakan sekolah barunya:
~ tidak bertudung, mengerbang rambut
~ atlet bersukan dengan seluar mendedah lutut
~ lelaki serta perempuan duduk semeja… bertepuk-tepuk!

Terasa terpalit dosa, Bahiyah nekad membetulkan segalanya. Dia mesti berperang melawan kejahatan, dakwah perlu disebarkan! Maka nasihat dihulur tanpa tapisan, ayatnya menyentap hati dan perasaan! Berjayakah si Ustazah Sentap dalam peperangannya? Ketahui kesudahan novel Islamik kelakar ini… pasti tersentap jiwa raga!

CODE PRODUK: 9789672040200C
STOCK: 40
BERAT: 0.121kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved