CODE PRODUK: 9789670042428
Siapa sangka Danielle diterima masuk ke Duke’s College yang elit itu. Semuanya atas budi Uncle D. Tapi yang tak bestnya, dia kena berdepan dengan Hunter yang kekwat nak mampus! Entah macam mana dia nak sesuaikan diri dengan Hunter dan gengnya yang kaya level petik jari semua boleh dapat tu.
"Jangan naif sangat, boleh tak? Kau ingat, bila dapat melepak dengan geng Hunter tu, diorang akan terima kau masuk dunia diorang? Kau sedar tak, kita langsung tak setaraf?”
“So, kau nak cakap apa sekarang?”
“Aku nak bagi kau sedar. Bila-bila masa aje, diorang boleh campak kau macam kain buruk. Percayalah, sebab aku dah banyak kali terkena. Aku dah masak dengan perangai orang macam ni. Depan cakap baik tapi belakang, diorang kutuk macam kita ni tak ada maruah!”
Danielle bingung. Antara kehidupannya dahulu dan dunia yang baru ditempuhnya, bolehkah dia bertahan?
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2023 MobileBookCafe . All rights reserved