CODE PRODUK: 9789673883356S
Sinopsis
Autisme adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Kajian membuktikan bahawa dewasa ini berlaku peningkatan jumlah anak yang dilahirkan mengalami autisme. Anak- anak ialah insan istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya. Namun sejak kebelakangan ini, isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa dan guru adalah berkenaan perihal seksualiti yang di alami oleh anak autisme, terutamanya apabila mereka melangkah ke usia remaja.
Oleh itu, buku ini dihasilkan untuk membantu dan memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat dalam menangani masalah perilaku seksual remaja autisme dari perspektif Islam. Buku ini membincangkan secara terperinci tentang kedudukan OKU menurut perspektif lslam, kaedah ibu bapa dalam mendidik anak-anak, konsep autisme serta dimuatkan juga tatacara didikan ibu bapa dalam menangani perilaku seksual remaja autisme. Harapannya agar buku ini mampu membantu ibu bapa, guru dan pihak yang berkaitan dalam memberikan didikan yang terbaik, sekali gus membimbing anak autisme untuk melaksanakan ibadat mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah sekadar termampu yang dilakukan oleh mereka.
Kelebihan 1
Buku ini di hasilkan untuk membantu dan memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat dalam menangani masalah perilaku seksual remaja autisme dari perspektif Islam.
Kelebihan 2
Sesuai di gunakan untuk membantu ibu bapa, guru dan pihak yang berkaitan dalam memberikan didikan yang terbaik, sekali gus membimbing anak autisme untuk melaksakan ibadat mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sekadar termampu yang dilakukan oleh mereka.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2023 MobileBookCafe . All rights reserved