Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah # (L2,BL1)

CODE PRODUK: 9789671745458

  • Berat: 0.000kg

Info Produk

Tajuk: Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah ISBN: 9789671745458
Penerbit: Ilham Books
Penulis: Saari Sungib Tahun Terbitan: 
Muka Surat: 
Halaman: 
Format: Softcover
Berat (kg): 
Dimensi (cm):    SINOPSIS   Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Kembali Kepada Fitrah ini merupakan jilid kedua daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Jika pucuk sifatnya menerima dan terus menerima, kini tiba masanya menjadi induk, memberi dan menyumbang kepada tunas-tunas muda pohon perjuangan. Begitulah perjalanan seterusnya bagi Saari Sungib yang dilakarkan dalam buku kedua memoir Mencari Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah, kini beliau bukan lagi anak mentah yang sekadar mengikut lentur takdir malah menjadi sosok yang memberi impak dalam sejarah kebangkitan Islam pada zaman 70-an dan dekad-dekad mendatang.

Saari yang menemui “Islam” dalam kembaranya di bumi Inggeris mula mendalami Islam dengan lebih intensif. Pada saat ini, beliau mula diberi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Kepimpinannya digilap dan terserlah. Gelora emosi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebagai seorang pelajar, ketua keluarga dan pemimpin pelajar yang dihadapi menjadikan beliau tidak alah kepada dugaan dan cabaran yang menekan.

 ---

“Namun, sebagai seorang Muslim yang menyaksikan dengan jelas kesinambungan antara dunia dan akhirat, ada setingkat lagi lebih tinggi daripada politik nilai yang menunjangi kepimpinan moral. Tingkatan itu yang telah menjadi prinsip penyempurna al-Ghazali atas perbahasan etika Nichomachean oleh Aristotle, dan perkara itu disampaikannya kepada penguasa-penguasa Malik Shah dan Nizam al-Mulk yang memerintah dinasti Seljuq tatkala itu – darihal pentingnya mencapai kebahagiaan (alsa‘adah) di akhirat melalui keredhaan Allah SWT, maka cocok sekali dengan judul memoir ini – Menuju Puncak Redha. Yang demikian menggambarkan sasaran ukhrawi yang jelas ingin  dicapai oleh Abu Urwah dalam perjuangan politiknya yang kini telah mencecah lebih tiga dekad.”

Anwar Ibrahim

CODE PRODUK: 9789671745458
STOCK: 12
BERAT: 0.000kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved