Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris # (L62)

CODE PRODUK: 9789671745441

  • Berat: 0.325kg
  • RM 32.00
  • RM40.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 28


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris  ISBN: 9789671745441 
Penerbit: Ilham Books
Penulis: Saari Sungib Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat:300 
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.325
Dimensi (cm): 20.5cm x 13.5cm x 2.2cm    SINOPSIS   Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Mencari Islam di Bumi Inggeris ini merupakan jilid pertama daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Mencari Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris adalah siri pertama memoir yang menghikayatkan perjalanan seorang anak muda yang mencari makna diri setelah bergelut memilih antara hoki atau melanjutkan pelajaran di luar negeri. Terdampar di kota Inggeris pada 1970-an yang merupakan pusat pertembungan ideologi antara kapitalisme vs sosialisme, kemudiannya berlaku kebangkitan Islam di seluruh dunia, anak muda akhirnya berkenalan dengan sebuah gerakan dakwah yang merubah cara fikir dan kehidupan beliau secara drastik. Pertemuan Saari Sungib dengan Islamic Representative Council (IRC) ini telah membuka lembaran kehidupan beliau yang sangat menakjubkan dalam babak-babak kehidupan beliau mendatang.

---

“Pengalaman kerohanian ini begitu memberikan kesan kepada saya sehingga terbuka pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan ketika itu jugalah, seakan petunjuk dan dorongan daripada Ilahi, saya dihadiahkan sehelai tudung buat pertama kalinya dalam satu program Islamic Summer Camp di Manchester, United Kingdom. Gadis istimewa yang memberikan tudung tersebut merupakan seorang mualaf dari Belanda yang bernama Bashiera Owen. Pertemuan yang berakhir dengan seribu kenangan itu masih mekar membekas dalam ingatan saya. Inilah barangkali anekdot kecil daripada sekian banyak sumbangan siri summer camp dan program kesedaran Islam yang digerakkan secara aktif oleh para penuntut Islam di United Kingdom ketika itu.”

Wan Azizah Wan Ismail

CODE PRODUK: 9789671745441
STOCK: 28
BERAT: 0.325kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved