Panglima Awang : Pemusnah Armada Terhebat Eropah # (L13)

CODE PRODUK: 9789672394280

  • Berat: 0.410kg
  • RM 23.92
  • RM29.90
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 13


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Panglima Awang : Pemusnah Armada Terhebat Eropah ISBN: 9789672394280
Penerbit: Karya Publika
Penulis:Zain Al-Johan Muka Surat: 423
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.410
Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.5 cm x 2 cm


SINOPSIS


PANGLIMA AWANG atau juga dikenali sebagai Enrique de Malacca dan juga Datuk Laut Dalam seorang tokoh Melayu yang pernah melakar sejarah dunia bersama-sama pelayar Sepanyol, Kapten Ferdinand Magellan dalam misi manusia pertama mengelilingi dunia yang dikenali sebagai Armada Maluku. Misi ini dibiayai dan mendapat restu Raja Sepanyol, Raja Charles V. Ekspedisi Armada Maluku mengandungi lima buah kapal iaitu Trinidad, Conception, Victoria, Santiage dan San Antanio.

Antonio Pigafetta berbangsa Itali yang turut serta dalam ekspedisi tersebut telah menulis artikel bertajuk Magellan's Voyage: A Narrative Account of the First Circumnavigation (1519) mengesahkan bahawa Panglima Awang adalah seorang pegawai dalam kapal Trinidad yang menyertai ekspedisi dari Sepanyol pada 10 Ogos 1519 berjaya meredah Laut Atlantik, Selat Magellan dan Laut Pasifik malangnya setiba di Filipina tercetus peristiwa berdarah mengakibatkan Kapten Ferdinand Magellan mati dibunuh di Pulau Mazzawa, Cebu.

Panglima Awang turut cedera dan sempat diselamatkan oleh pelaut Brunei, Pengeran Adipati Solok tetapi kemudiannya ditawan pelaut Sulawesi, Karaeng Semerluki di parairan Sabah. Walau bagaimanapun, Panglima Awang berjaya diselamatkan oleh Datuk Letch langsung membawanya ke Tanah Melayu iaitu Melaka. Berasaskan fakta ini, Panglima Awang dapat dinobatkan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia kerana dia berjaya melakukan pusingan 360 darjah (ditawan di Melaka oleh Alfonso de Albuquerque [Gabenor General Portugis] dan dilarikan ke Goa, India seterusnya dibawa Ferdinand Magellan ke Sepanyol langsung belayar mengikut ekspedisi Armada Maluku).

Manakala Panglima Awang Pemusnah Armada Terkuat Eropah menceritakan episod kembalinya Panglima Awang ke tanah bonda kemudian menjadi pemerintah wilayah Rembau dan akhirnya angkatan perang Rembau pimpinannya berjaya menewaskan Portugis di Melaka setelah sembilan bulan mengepung Kota Melaka pada tahun 1641.

Ikuti kisah Panglima Awang yang tidak terdapat di dalam catatan Antonio Pigafetta dan peranannya terhadap sejarah Melaka dan juga Rembau sehingga akhir hayatnya serta perjalanannya sepanjang mengikuti Armada Maluku mengelilingi dunia dengan ilmu pelayaran yang diturunkan oleh gurunya iaitu Laksamana Hang Tuah. Banyak ilmu yang diturunkan di dalam naskah ini yang boleh membanggakan anak Melayu.

CODE PRODUK: 9789672394280
STOCK: 13
BERAT: 0.410kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2022 MobileBookCafe . All rights reserved