CODE PRODUK: 9789674393830
Tajuk: SABILAL MUHTADIN JUZUK 1
ISBN: 9789674393830
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Penterjemah: Mohamad Akmal Bin Mohamad
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 523
Halaman: Hitam & Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.900 kg
Dimensi (cm): 25.2 cm x 18 cm x 2.6 cm
Sinopsis
SABILAL MUHTADIN Lit Tafaqquhi Fi Amriddin merupakan sebuah kitab karangan ulama yang mashur Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari. Kitab ini sangat terkenal dalam kalangan pelajar aliran pondok dan sering juga digunakan dalam pengajian dan kuliah-kuliah di masjid dan surau.
Kitab Sabilal Muhtadin ini merupakan sebuah kitab Fiqh Mazhab As-Syafi’i yang merangkumkan berkenaan Fiqh Ibadat yang menjadi amalan harian dalam masyarakat. Setiap bab dibahaskan secara terperinci dan mudah difahami supaya memudahkan masyarakat merujuk, beramal dan mengambil manfaat daripadanya. Bab Haidh, Istihadhah dan Nifas merupakan antara bab daripada kitab ini yang sering dijadikan rujukan dan dihurai serta dikaji perbahasannya dalam pengajian dan daurah ilmu berkenaannya di samping bab-bab lain yang juga sering dijadikan rujukan.
Semoga dengan terbitnya versi rumi kitab ini yang asanya dalam tulisan jawi akan lebih menyemarakkan majlis ilmu yang menjadi asbab tersebarnya ilmu pengetahuan yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved