CODE PRODUK: 9789670042572
Temasya Tinta mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 11 cerpen
mengenai dunia kewartawanan (sebelum perkataan ‘media’ digunakan).
A. Samad Ismail (lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad) sangat sinonim dengan
akhbar, dan buku ini hanya dapat dihasilkan oleh seorang yang bergelut dengan
berita. KIta sendiri dapat menghidu dakwat dan rokok, mendengar ketikan typewriter
dan gegaran mesin cetak, dan merasakan peluh di tubuh pemberita yang
berhempas pulas di lapangan dan di ruang ofis yang sempit. Tak termasuk berdepan
dengan editor garang, politikus beragenda dan persaingan daripada syarikat lain.
Sisi nakalnya: Ada wartawan yang bukan sahaja mengejar deadline tetapi mengejar
perempuan, wiski dan bir. Sama ada sisi ini benar atau sekadar rekaan: Wallahu-
alam!
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2023 MobileBookCafe . All rights reserved